
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur. contoh bulan 1 saya haid lepastu bulan 2 tak haid kemudian bulan 3 baru haid.. kadang selang 2 bulan juga tak haid contoh bulan 1 haid, lepastu bulan 2 &3 tak haid kemudian bulan 4 haid
saya berumur 21tahun, saya ada masalah haid tidak teratur dari sekolah menengah (start haid tingkatan 2 (14tahun)) saya tanya ibu, dia kata itu biasa kerana ibu saya pun tak teratur haidnya selepas melahirkan anak keempat. jadi saya tidak risau. tetapi masuk umur kini, sudah dekat 4bulan saya tak haid. last saya haid bulan 1 2021. adakah saya ada masalag kesihatan dalaman? apa yg saya perlu buat…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!