Sulit
5 tahun
Haid Tidak Teratur Dan Datang Beberapa Bulam Sekali
Saya wanita berumur dalam 20an . Saya mengalami haid yg tidak teratur dan tidak haid selama beberapa bulan . Sekarang sy sedang mengalami sakit dibawah perut . Saya jugak sukar utk mengenal pasti waktu subur sy dan sukar utk peroleh zuriat . Soalan sy , adakah sy ada masalay cyst atau fibroid ? Terima Kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid tidak teratur.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh berpunca daripada beberapa penjelasan. Antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Kehamilan
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui adakah ianya cyst, fibroid atau selainnya, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan di klinik atau hospital.
Untuk mengenalpasti waktu subur, kitaran haid anda perlu dirawat terlebih dahulu. Anda juga boleh menggunakan kit OPK untuk mengetahui waktu subur.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.



























