
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur datang 2 3 4 bulan sekali
Hai saya umur 20 taun saya belum berkahwin saya nak tnya pasal haid saya yang kadang datang 2 3 4 bulan sekali buleh saya tahu apa sebab masalahnyaa yaa kadang sebelom ini kalau tak datang saya akan beli ubat kat farmasi jaa bagi period datang alhamdullilah datang jugak tapi lepas itu peroid 2 3 bulan sekali baru datang kena makan ubat baru datang sebelum ini time sekolah dulu period saya ok saja lepas habih sekolah ja dia datang 2 3 sekali saya last period last 23/2/2021 pastu sampai sekarang belom datang saya nak tahu apa masalah saya ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!