Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur , lambat dan kahak berdarah
Saya remaja berumur 18 thn , selama 3 bulan saya dapati haid saya tidak datang malah sebelum ini haid saya juga tidak teratur yang mana haid saya datang sekali dalam masa dua bulan dan kadang sebulan sekali . Saya tidak mempunyai teman lelaki dan saya tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa . Saya ingin mengenal pasti apakah punca saya datang haid lambat ? .
Berkaitan batuk berdarah , saya sudah mengalami batuk berpanjangan yang mana kadang kadang saya mengeluarkan kahak dan pernah sekali ianya kahak yang mengandungi darah , tapi kahak berdarah tidak selalu . Boleh saya tahu apakah sebab saya berkahak darah .
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Yang pertama, berkaitan dengan haid yang tidak teratur. Umum harus mengetahui bahawa majoriti kes haid yang tidak kunjung tiba (lebih-lebih lagi selama 3 bulan keatas) akan disuspek sebagai salah satu tanda kehamilan. Oleh itu kami sarankan anda untuk mendapat rawatan segera oleh pakar dalam bidang sakit puan.
Namun berdasarkan sejarah anda yang pernah haid sekali dalam masa dua bulan, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Penggunaan ubat tertentu
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
Yang kedua, batuk berdarah merupakan suatu gejala yang perlu diambil serius dan memerlukan tindakan segera. Oleh yang demikian turut saya sertakan beberapa penyebab yang boleh dikaitkan dengan batuk berdarah:
- Luka pada tekak
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

























