Sulit
5 tahun
Haid Tidak Teratur. Period pada 08/05/20 - 22/05/20 (15 hari)
Salam sejahtera…
saya berumur 26 tahun (belum pernah berkahwin)…saya ingin bertanya mengenai period tidak teratur. saya datang period pada 08/05/20 - 22/05/20 (15 hari). Hari pertama dan kedua hanya keluar cecair berwarna coklat sahaja dan pada hari ketiga keluar darah period normal seperti biasa. Aliran darah agak banyak daripada kebiasaan. saya juga tidak mengalami sengugut walhal sebelum ini, setiap kali period saya akan mengalami sengugut. Period datang lagi pada 02/06/20 sehingga sekarang 11/06/20. saya tidak pernah mengalami situasi yang seperti ini. saya tidak mengalami sebarang masalah sakit yang berkaitan dengan perut Mohon penjelasan, TQ.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutamanya pakar O&G. Klik pada link ini DoctorOnCall untuk mendapatkan konsultasi bersama pakar O&G dan klik di sini untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























