
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur sehingga 3 bulan
Saya wanita berumur 20 thun , sudah berkahwin tetapi pernah keguguran … Dalam masa terdekat , kitaran haid saya semua okey tapi semenjak hujng bulan 11 saya tak datang haid smpai skrg … Dulu masa belum berkahwin haid sya pun tidak teratur tapi tidak sampai berbulan2 …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid lewat atau haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- haid lewat akibat kehamilan
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
Anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.