
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur sekejab ada sekejab tkde
sy wanita berumur 21…belom berkhawin…hari pertama n kedua kluar mcm biasa tp bila time hari 3 n 4 tk kluar…sy check masih ada haid cuma tk turun…haid tersekat mcm tknk turun…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai situasi ini. Untuk makluman anda, kami memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai kesihatanlanjut anda bagi mengenalpasti punca masalah anda dengan lebih tepat. Namun, haid tersekat bukanlah gejala yang perlu terlalu dibimbangkan kerana gejala ini merupakan perkara yang kerap berlaku pada segolongan wanita.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kitaran haid anda seperti:
- Masalah nutrisi
- Stress
- Senaman yang berlebihan
- Kenaikan berat badan berlebihan
- Berat badan yang terlalu ringan
- Gaya pemakanan yang kurang sihat.
Jawapan diberi hanyalah keterangan yang am. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih