
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur selepas demam denggi
Saya wanita 36 tahun… Dalam bulan february 2020, sy disahkan demam denggi
Tapi tidak warded. Selepas seminggu drmam tidak kebah, ade naik bintik2 bintik… Cek darah hanya diklinik…
Semasa didalam demam sy ade keluar darah macam period…tp selama demam sahaja. Leas recover denggi…darah pon habis… Selang seminggu period lagi… Habis period dalm 3 hari…Kemudian ada mcm ketulan mcm keputihan tp warna coklat merah merah… Sakit mcm period pain.
Sekarang seleas 3bulan sy masih tak datang period. Adakah ini normal ?? atau sy kna buat checkup lainn? Atau sy kna buat pregnancy test??
Sekian. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatang yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.