
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur, simptom pms berubah
Hai doktor. Dalam 1 tahun saya hanya alami haid 3-5 kali. Sejak 2 kitaran yang baru, saya alami mual dan pening yang sangat teruk sehingga kerja harian saya terganggu. Saya juga terasa amat lesu, gangguan penghadaman sebelum haid. Ada masa bahagian pelvis saya cramp selepas membuang air besar atau kecil. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah alami pening dan mual. Tempoh hari haid saya juga semakin kurang. Dulu saya akan datang haid selama 9-13 hari. Sejak 2 kitaran baru ini, haid saya 4 hari. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!