Sulit
2 tahun
Haid tidak teratur?
Saya berumur 28Tahun… saya sudah haid lebih dari 2minggu…adakah itu normal doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor risiko seperti usia dan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran haid. Bagi hampir 50% wanita yang mengalami masalah ini, punca haid berpanjangan tidak diketahui.
Namun, ia adalah penting seseorang itu mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengenalpasti jika terdapatnya sebarang masalah melalui sesi bersoal tanya mengenai gejala yang dialami, pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan.
Kadangkala, punca menstruasi berlebihan disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
atau gangguan dari organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.