
Sulit
4 tahun
Haid tidakk datang selama sebulan kenapa ye doktor?
Sy x datang haid selama sebulan tapi dah lakukan pregnant test tapi tak pregnant kenapa ye doktor mohon penjelasan tp kekadang muntah ii loya loya pening semua ade

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Penggunaan perancangan keluarga (pil perancang, suntikan, implan, peranti intrauterin)
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berkenaan kit ujian kehamilan yang negatif, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi ujian tersebut seperti:
- Hormon yang terlalu rendah untuk dibaca oleh kit tersebut
- Air kencing yang terlalu banyak dan larutan hormon hCG terlalu sedikit
- Cara penggunaan kit yang salah
- Kit yang telah luput
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.