
adeebanajihah
5 tahun
Haid yang lama dan menyakitkan
Hai doktor, saya mengalami masalah haid yang tidak menentu. Haid saya akan tiba setiap 1 minggu dan akan kekal lebih dari 2 minggu hingga ke sebelum. Dan setiap seminggu selepas haid saya tamat saya akan mengalami spotting lebih dari 2 minggu dan ianya bermula dengan lendiri coklat dan akan bertukar ke darah yang pekat dan banyak sehingga ia menjadi lebih teruk dan saya akan mengalami sakit kepala dan perut yang teramat sangat sebelum selepas dan semasa haid sehingga saya susah untuk bergerak dan kerana darah saya teramat banyak hingga perlu menukar pad lebih setiap satu jam dan darah haid saya akan berketul. Apakah masalah dan penyelesaian untuk saya doktor? Dan apabila saya menekan perut di bahagian bawah terdapat ketulan atau biji. Adakah cara untuk hentikan haid selamanya kerana saya akan berasa takut apabila haid saya muncul kerana ianya amat menyakitkan dan saya cuma ada kurang dari seminggu setiap kali haid saya akan tiba semula. Tq dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis
- Fibroid
- Ovarian cyst
Saya sarankan cik segera berjumpa doktor kerana pendarahan yang banyak akan menyebabkan komplikasi anemia atau tidak cukup darah. Doktor mungkin akan menjalankan pemeriksaan “ultrasound” pada abdomen bagi memeriksa keadaan rahim.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.