
Sulit
5 tahun
Haid yang lama & ketulan daging
hi doc umur saya 29 tahun,Saya nk bertanya berkaitan kenapa saya mengalami pendarahan haid yg lama sehingga sebulan sedangkan saya mempunyai haid yg teratur sebelum ini.sebelum itu saya lambat datang haid, dan cek upt ada samar2 double line, selepas tu saya pergi keklinik untuk pengesahan kehamilan dan melakukan scan, dan doc mengesahkan tiada apa2 didalam rahim saya…selang seminggu saya mengalami semi contraction seperti sengugut dan pagi nya ada ketulan seperti daging keluar…bermula hari itu smpai skrg darah haid saya masih ada…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Selain itu, apabila pemeriksaan scan di klinik belum mendapati ada bayi, hal ini kemungkinan kerana kandungan masih terlalu kecil.
Haid lama melebihi 8 hari pula boleh jadi timbul akibat beberapa hal seperti berikut:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.