
Sulit
5 tahun
Haid yang panjang/lama
Hai doktor. Saya mengalami haid yg lama lebih dah dari 15 hari. Adakah saya perlu jumpa doktor? Serius ke bila haod yang panjang. Hmm risau pulak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan haid yang sedikit lama yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan ubat seperti ubat cair darah
- Pendarahan selepas keguguran boleh sedikit lama kerana perubahan hormon selepas keguguran
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.