
Sulit
4 tahun
Haid yang tidak teratur dan saya mempunyai berat badan yangn yang badan yang berlebiha
Saya wanita berumur 27 tahun. Berat badan saya 86kg tinggi 158cm. Saya baru berkahwin dan belum mempunyai anak. Sebelum berkahwin dan selepas berkahwim saya selalu lambat datang haid kadang-kadang sampai 3 bulan tidak period. Saya ada datang haid pada 28h/12/2020 tapi haid keluar hari pertama darah normal. Apabila hari kedua,haid keluar darah coklat dan hari ketiga haid terus berhenti. Pada 6 Mac 2021 saya mengalami sakit pinggang dan ada tompokan kecil berwarna coklat pada pantyliner saya. Keesokan harinya, pinggang sakit tapi darah tidak keluar. Apa yang patut saya buat doktor? Apa ubat yang perlu saya ambil agar haid saya teratur dan agar saya dapat memiliki cahaya mata seperti wanita normal yang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!