
Sulit
4 tahun
Haid yg berpanjangan. Ketidak selesaan dlm urusan seharian
Saya surirumah berusia 50 tahun. Saya mempunyai 7 org anak2 yg telah dewasa. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami gejala haid yg berpanjangan. Tetapi bulan September saya mengalami haid selama seminggu. Tk bnyk.selang 3 hari haid lagi seminggu. Selesai lebih kurang 5 hari haid lagi seminggu hingga sekarang ni 19 OKT. Kerisauan berlaku kerana seusia muda dahulu tidak pernah berlaku keadaan sebegini. Tolong saya doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang berpanjangan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Perdarahan haid yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia. Anaemia menyebabkan tanda-tanda seperti mudah letih, pitam, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan. Gangguan hormon ini juga boleh menyebabkan senggugut. Kondisi ini dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding atau DUB. DUB merupakan sejenis diagnosa eksklusi. Maknanya, doktor seharusnya telah menjalankan pemeriksaan dan ujian yang secukupnya untuk memastikan tiada punca lain yang menyebabkan perdarahan haid berpanjangan selain gangguan hormon. Darah beku adalah berpunca daripada darah yang terperangkap di dalam rahim anda. Darah beku yang besar biasanya merujuk kepada perdarahan haid yang agak serius.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!