amiliavenglos91
5 tahun
Hair tidak teratur sebulan Kerala Kali dtg Haid dan bulan seterusnya tiada dtg haid
Saya seorang ibu anak 4 berumur 29thn…sy pernah ambil cucuk Depo pda January 2018 selepas bsalin…last sy ambil cucuk Depo 3/5/19 …sy da datang hair pada 31/12/19-3/1/20 lepastu…beberapa Hari kemudian Haid datang lagi pada bulan YG Sama 7/1/2020-10/1/2020…bulan February sy blm Haid lagi smp sekarang…Bila sy cek upt(-ve).tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya ambil maklum bahawa haid anda lewat pada bulan ini. Anda telah melakukan ujian kehamilan dan keputusan menunjukkan negatif. Namun begitu, terdapat banyak sebab haid lambat selain mengandung. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























