Sulit
3 tahun
Halia dengan kitaran haid
Hi doc… ingin bertanye… sy selalu ratah serunding halia ikan bilis… bln lps… halia itu digoreng… ad dlm 600-700gram… dan makan begitu saja… sy ad baca satu artikel mengenai halia… adakah halia menganggu kitaran haid? Ap perlu sy buat? Kerna haid sy sudah lewat lebih 10 hari… perot sakit… spt mau haid… tp tiada… upt -ve
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih Puan kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan Puan tentang haid yang datang lewat. Saya fahami kebimbangan yang Puan sedang alami. Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawa tiada kajian yang sahih mengatakan halia boleh mengganggu kitaran haid wanita.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kitaran haid datang lewat. Antaranya :
- Kehamilan
- Kesan sampingan pil perancang
- Tekanan emosi
- Penyakit Polycystic Ovari
- Masalah pada organ rahim atau ovari
- Masalah hormon pituitari
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Setiap penyakit yang dinyatakan memerlukan pemeriksaan dan persoalan yang lebih lanjut oleh Doktor. Anda dinasihatkan untuk berkunjung ke Klinik atau Hospital berdekatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk berhubung dengan Pakar kami bagi mendapatkan konsultasi secara peribadi, klik pada link (DoctorOnCall). Terima Kasih.