
Sulit
5 tahun
Hamil atau kencing kotor
Saya wanita berkahwin mempunyai 2 orang anak. Disini, sy nak bertanya. Pada 21/1 sy ambik poatinor 2. Dan sy mengambilnya sepertimana cara yang disuruh. Lpas itu, sy mangalami ovulasi pada keesokan harinya. Dan oada hari ovulasi, sy mnjlnkn hubgn suami isteri tanpa selindung utk kali yg 2. Dan hari ini 30/1 apabila sy kencing, ada sedikit darah merah dan koko yg keluar ketika membuang air kencing sahaja. Adakah sy hamil dr? Atau pon sy mngalami kencing kotor. Sedangkan 1mggu lagi tarikh period sy yang sebenar. Jelaskan dr. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- jangkitan salur kencing
- masalah spotting yang berlaku pada awal kehamilan
- masalah struktur rahim seperti fibroid, endometriosis
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih