
Sulit
4 tahun
Hamil atau tidak hamil sebenarnya saya keliru
sy tlh bersama pasangan buat kali pertama …skrang selepas 18 hari sy rasa tidak selesa dan mmbuat ujian kehamilan sy mndpati ujian trsebut sangat sangat lah kabur sehingga tidak terlihat dlm camera .sy lakukanya pada waktu pgi slpas bngn tidur. sblum ini period sy mmg tidak tratur dri dlu lagi …sy juga ada masalah perut buncit jd agak susah untk mengetahuinya sy ad rasa mual dan sedikit pening tapi x lama stakat ini sehari saja dan sy tidak pernah muntah … apa yang perlu sy buat doktor ? saya tidak merancang perkara ini dan sy tidak mahukannya buat masa ini perlukah sy ambil ubat datang haid …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi dan bertanyakan soalan kepada kami.
Kami faham mengenai kemusykilan anda tentang kit ujian kehamilan (UPT) tersebut.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab puan boleh hamil namun UPT negatif
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim): Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy
Anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor di klinik untuk pemeriksaan lebih lanjut untuk menentukan sama ada anda mengandung ataupun tidak dan berbincang dengan doktor tentang rancangan anda sekiranya anda mengandung.
Terima kasih kerana menghubungi kami. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi doktor-doktor kami yang bertauliah di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi di atas talian.