
Sulit
4 tahun
Hamil tetapi tidak pasti berapa minggu?
31 March-4 April period. Lps tu dtng lg pada 10 April-13 April. Saya check upt positive. X sure brpe minggu hamil. Saya ambil ubat sunolot utk menurun haid. Bru ambik sebiji. Adakah ia akn berkesan? Sbb I mentally blm prepare utk baby. Apa yg harus Saya buat doctor ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya berpendapat terdapat kesilapan pada tarikh kali terakhir anda datang haid. Tetapi, saya beranggapan haid anda lambat menyebabkan anda mengesyaki bahawa anda hamil. Sekiranya anda kurang yakin dengan ujiak kehamilan melalui air kencing (UPT) tersebut, saya sarangkan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi melalukan ujian yang lebih tepat.
Untuk pengetahuan anda juga, selain kehamilanterdapat masalah lain yang boleh menyumbang kepada masalah haid lambat. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Anda hendaklah membuat rundingan bersama doktor bagi membincangkan isu kesediaan anda untuk menimang cahaya mata.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih manjut, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.