
Sulit
4 tahun
Hampir 6 bulan tak datang bulan
saya berumur 23 tahun, belum berkahwin & tidak pernah melakukan hubungan kelamin, BMI 29.9. Aktiviti harian yang normal, tidak terlalu aktif tetapi bukan lah tidak aktif langsung. Tidur sekurang2nya 6 jam padaa waktu malam. Dari segi diet, saya makan seperti biasa saya makan sebelum ini. Tahun ni saya period pada bulan Januari, April & Jun sahaja. Ini bermakna sudah hampir 6 bulan saya tak period. Sebelum ini period saya datang seperti biasa dengan jarak 35-45 hari. Tetapi bermula tahun ini, period saya tak lagi teratur. Pada bulan April saya ada berjumpa dengan doktor kerana sudah 3 bulan tak period, doktor tersebut memberi saya pil perancang. 2 hari selepas habis pil tersebut (bekalan 5 hari) saya period tetapi tak sebanyak period saya sebelum2 ini. Bulan Jun saya period, agak banyak tetapi tidak seperti biasa. Sebelum ini saya jarang kena period pain. Kadang2 saya period tanpa simptom seperti orang lain. Adakah ini normal? Apa perlu saya buat supaya period saya kembali normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu hampir 6 bulan tidak datang bulan atau haid lewat. Untuk makluman anda, haid lewat boleh berpunca daripada:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi memastikan haid anda kembali normal, puncanya harus diketahui dan dirawat terlebih dahulu. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Dengan demikian, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih