Sulit
3 tahun
Hampir 6 bulan x selesa di dada sebab gastrik yang berlarutan
Saya lelaki berumur 31 tahun, telah diarah pihak hospital untuk rujuk pakar berkenaan masalah gastrik dan sukar bernafas yang telah saya alami lebih kurang 6 bulan, setelah bermacam jenis ubat telah sy ambil… Kini sy diberikan ubat jenis domperidone 10mg tab, boleh minta pandangan doctor apa tujuan dan kesan nya jika saya makan? Terutamanya di bulan puasa ini… Maklum balas ikhlas dari tuan doctor saya dahului dengan jutaan Terima kasih…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- GERD
- Asma
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.