
Sulit
4 tahun
Hari hari perut masuk angin
Saya salmah saya ingin menanya soalan tentang selalu perut kembung ada kah masaalah buah pinggang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, perut kembung biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi atau untuk menentukan hubungannya dengan kesihatan buah pinggang anda, maklumat lanjut daripada anda diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan. Pemeriksaan susulan juga adalah mustahak bagi menetapkan sebuah diagnosis. Namun, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- kencing berdarah
- sering berasa letih
- sesak nafas
- sukar tidur
- kaki, tangan atau muka kembang
- kulit gatal
- mual, muntah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih