
Sulit
3 tahun
Hari Ke berapa boleh berhubungan intim selepas haid
Saya wanita 24tahun, saya mengalami haid yang kadang awal datang, kadang tengah bulan, kadang hujung bulan . Adakah itu normal ? Dan saya haid paling lama 4hari saja, ada kah itu normal jugak doktor? Terakhir, selepas 4hari haid habis . hari ke berapa saya tahu yang keadaan saya subur dan bisa berhubungan intim bersama suami saya ya dok.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Waktu kesuburan seseorang itu bergantung pada kitaran haid yang teratur dan tempoh period yang dialami.Walaubagaimanapun waktu kesuburan secara amnya dikatakan bermula dari hari ke 14 hingga ke hari 16.
Jikalau anda mempunyai hasrat untuk mengandung adalah digalakkan untuk menunggu waktu subur, namun mengadakan hubungan seks pada masa anda tidak subur masih mempunyai risiko untuk hamil walaupun rendah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan