
Sulit
4 tahun
Hari kering tanpa keputihan
Hi doc, nak tanya apakah tanda hari kering tanpa keluar keputihan apa apa. Adakah ia normal? Kebiasaannya keputihan akan keluar tapi lately ni tak keluar. Adakah itu tanda period akan tiba? Saya mempunyai symptom pms lain juga tetapi belum keluar period lagi. 3 days late from expected date. Adakah ini perkara biasa atau harus dikhuatir?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, haid yang lewat boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk pertanyaan anda tentang keputihan, keputihan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen wanita. Selalunya, keputihan adalah perkara normal terjadi pada wanita. Namun, tidak semua wanita mengalami keputihan dan ianya juga adalah dianggap normal. Tambahan, keputihan yang kotor dan berbau juga dapat menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Dalam hal ini, ianya memerlukan pemeriksaan lanjut yang lebih teliti.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih