
Sulit
4 tahun
Hb rendah disebabkan haid DLM sebulan
Sy wanita berumur 36 then…Baru Baru ni haid sy melebihi 3 minggu.ini
Menyebabkan Hb at rendah 7.8-8.3.dr sini suggest mkn ubat tambah darah.perlukah sy buat blood transmission…sebab sy jalan pun dah tercungap cungap… cepat penat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, rawatan blood transfusion mempunyai risiko tertentu. Oleh itu, kebiasaannya ia hanya akan dilakukan sekiranya bacaan darah merah kurang dari 7g/dL serta. Namun terdapat kriteria lain yang harus dipertimbangkan oleh doktor sebelum membuat keputasan bahawa pesakit tersebut memerlukan darah tambahan.
Menurut nasihat doktor yang merawat anda, anda disarankan untuk mengambil ubat tambah darah bagi masalah anemia anda dan bukannya blood transfusion kerana belum ada keperluan untuk perkara tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.