Sulit
5 tahun
Headache dan mau muntah
Saya 16th baru balik dari koh lipe, 15th saya sudah ada sore throats, 16th sampai 18th ada batuk dan sore throats,sekarang cuma sikit batuk sebab gatal,tapi sekarang saya sakit kepala san sentiasa mau muntah…adakah saya jamgkit covid19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami kebimbangan anda tentang COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda berisiko tinggi untuk COVID-19 sekiranya anda mempunyai sejarah melancong ke negara-negara yang berisiko tinggi atau kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Gejala batuk, sakit tekak dan sakit kepala boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































