
naminzy97
5 tahun
Heart attack atau Panic attack
Assalammualaikum dan selamat sejahtera dr,
saya nurul, berusia 22 tahun.
Dr, saya cuma mahukan kepastian. saya ada buat pemeriksaan jantung memandangkan sejak kebelakangan ini saya kerap sakit dada belah kiri. kadang sakit tu boleh buat tangan belah kiri saya kebas, kaki belah kiri kebas, badan jadi berpeluh (kerana sukar untuk bernafas) serta wajah jadi pucat.
jadi saya buat pemeriksaan di klinik kesihatan universiti. mereka kata, saya hanya mengalami panic attack.
adakah simptom panic attack dengan heart attack hampir sama?kerana serangan ni berlaku bukan ketika saya sedang dalam keadaan gemuruh atau berdebar, tetapi dalam keadaan berehat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda terhadap gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri sememangnya boleh dikaitkan dengan masalah jantung, namun ia adalah amat jarang berlaku pada usia muda.
Masalah lain yang boleh menyebabkan sakit dada adalah:
- Masalah pedih ulu hati
- Gastrik
- Masalah sistem pernafasan
- Serangan panik atau anxiety
Masalah serangan panik atau gemuruh boleh berlaku pada bila-bila masa. Sekiranya anda masih mengalami gejala sakit dada ini, anda boleh rujuk masalah tersebut dengan lebih lanjut agar pemeriksaan lebih lanjut dapat dilakukan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.