Sulit
5 tahun
Hello doktor, Faraj saya luka yang teramat sakit sehingga sukar untuk saya membuang air kecil dan pedih . Meninggalkan kesan2 merah dan kering
Saya wanita berumur 19 tahun.
Saya nak tau penyelesaian bagi masalah saya iaitu faraj luka disebabkan kegatalan. Ia sangat pedih terutamanya ketika buang air kecil. Sehingga meninggalkan kesan merah2 dan kering menggelupas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham mengenai kerisauan anda mengenai kondisi yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada keadaan seperti yang anda alami seperti yang dinyatakan di ruangan soalan:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan salur kencing (uretra, pundi kencing, buah pinggang)
- Trauma atau kecederaan di bahagian faraj
- Jangkitan kelamin (Sexually transmitted infection)
- Penjagaan kawasan sekitar yang tidak bersih
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut untuk mengetahui punca sebenar.
Anda masih risau tentang keadaan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sila berjumpa doktor dengan kadar segera jika anda mengalami gejala yang disebutkan:
- Demam
- Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
- Gangguan terhadap aktiviti harian
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi di atas talian bersama doktor kami. Terima kasih.

































