Sulit
3 tahun
Hello doktor saya mengalami masalah gastrik
Umur saya 13 tahun Lelaki saya Ada masalah gastrik dah lama saya Dah ambik ubat tapi masih tak sembuh .saya susah untuk bernafas terutama pada waktu malam dan tidak selesa untuk tidur.selepas Sejam saya Makan saya Terasa Lapar.soalan kedua pula doktor tenggorokan saya banyak lendir itu membuakan saya tidak selesa Dan selalu meludahkan lendir yang banyak selepas itu tenggorokan saya Terasa Sejuk seperti Ada udara yang masuk Dan tenggorokan saya juga Ada masalah seperti terjengkik tulang atupun disebabkan Oleh lendir yang banyak. itu sahaja soalan saya harap doktor jawab soalan saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah susah untuk bernafas pada waktu malam:
- Ulser gastrik
- GERD
- Radang gastrik (gastritis)
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk soalan kedua anda, kami tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh anda dengan perkataan “tenggorokan”. Jika anda memaksudkan kerongkong, terdapat beberapa sebab mengapa anda boleh mengalami masalah sedemikian:
- Kahak yang banyak
- Pengecutan saluran pernafasan kerana alahan
- Radang pada saluran pernafasan
- Radang tonsil (tonsilitis)
Ini hanyalah pandangan kami secara umum kerana kami memerlukan lebih banyak maklumat dan melakukan pemeriksaan terhadap anda untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mempunyai gejala-gejala yang disebutkan di ruangan soalan.
Jika anda mempunyai soalan lain dan memerlukan khidmat doktor kami di atas talian secara peribadi, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall). Terima kasih.