Sulit
3 tahun
Hernia (angin pasang) benjolan di ari
saya ingin bertanya apa kesan jaring dalam badan saya ? agak membahayakan ke ? adakah selamanya saya kene pakai jaring itu ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan hernia mesh yang boleh berlaku adalah:
- Kesakitan
- Jangkitan
- Usus tersumbat
- Hernia kembali semula
Jika gejala-gejala yang disenaraikan berlaku, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda dengan segera.
Bergantung pada jenis hernia mesh yang doktor anda gunakan, terdapat hernia mesh yang digunakan untuk kekal di bahagian hernia anda. Ada juga jenis yang boleh diserap ke dalam tubuh badan dan tidak bahayakan pesakit. Saya sarankan anda untuk menghubungi doktor anda semula untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang rawatan anda untuk lebih memahami.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.