
Anonymous
5 tahun
Herpes atau cold sore
Saya lelaki umur 25 tahun. Semenjak tahun lepas saya mengalami cold sore setiap 6 bulan . Di kawasan bibir dan alat kelamin. Saya ingin mendapatkan rawatan dan paling penting saya ingin tahu lebih lanjut mengenai kos rawatan. Saya pernah pergi ke hospital kerajaan untuk membuat ujian tetapi saya hanya diberi ubat chicken pox. Dari sudut manakah doctoroncall boleh membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, cold sores di bibir dan alat kelamin berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Bergantung kepada jenis virus, kebiasannya lokasi jangkitan akan berbeza. Seperti anda, herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut manakala bagi pesakit herpes jenis 2, bahagian di sekitar atau pada kemaluan akan terlibat.
Rawatan yang anda patut terima dalah adalah rawatan spesifik,iaitu ubat anti viral, yang mampu mengurangkan tahap jangkitan dan tempoh masa jangkitan,maka akan mempercepatkan proses pembaikan. Ubat sapuan pula jarang diberi kerana ianya kurang berkesan dari pil yang boleh dimakan.
Untuk menjawab pertanyaan anda, anda perlu memastikan bahawa anda memang dihidapi oleh herpes. Jika tidak, ubat antiviral yang diberi tidak akan memberi kesan, Oleh itu, anda disarankan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba apa apa ubat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.