
Anonymous
5 tahun
Herpes di kemaluan saya
Saya dh check pd hospital kerajaan…dokter cuma kasi ubat anti virus aciclovir…harini dah makan ubat utk 3 hari…tp pada kemaluan terutama sekali batang dan buah zakar masih x berubah…saya nk tanya…brp lamakah penyakit ni
akan sembuh dan adakah ubat sapu utk penyakit ni…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, penyakit herpes genital ini akan mengambil masa bermingu-minggu untuk hilang bintik-bintik serta kegatalan pada kemaluan walaupun dengan ubat anti-virus. Hal ini kerana virus ini sangat sukar untuk dilawan walaupun dengan sistem imun badan sendiri. Justeru anda dinasihatkan untuk terus mengambil ubat tersebut dan tidak melakukan sebarang persetubuhan sehingga ianya surut. Anda boleh meminta kepada doktor anda krim sapuan sekiranya ia sakit ataupun sangat gatal. Anda juga boleh bertanya kepada kami secara privasi di link ini (DoctorOnCall) jika masih terdapat keraguan. Sekian.