fariszakwanomar
6 tahun
Herpes ruam atau biji2 kemerahan dan mengering
Hi doc…sya telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit herpes genital…bji merah ni berulang2 sejak bln 12 tahun 2018 shingga skrg…sya hanya mengalami biji2 merah dan mengerupin…tidak ada gelembung air…tidak pedih…tidak sakit malah kena air pun tidak sakit boleh mandi mcm biasa…adakah ianya herpes? sya masih blum buat STD test…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ruam yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Penyakit sifilis - sekiranya anda ada melakukan hubungan seks bebas
- Alahan dermatitis
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































