Sulit
3 tahun
Herpes simplex virus 1& 2
Sy berumur 33 thn dan telah dijabgkiti herpes simplex selama 8 thn. Apa komplikasi yang sy akan dapat? Perlu ke sy ambil acyclovir setiap hari?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu penyakit HSV 1 & 2. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, virus HSV bermaksud Herpes Simplex Virus. Virus ini pada kebiasaannya boleh menyebabkan selesema ataupun kegatalan pada bahagian kemaluan. Suntikan yang dimaksudkan oleh doktor anda mungkin suntikan untuk melawan virus tersebut. Virus ini tidak membahayakan kesihatan namun sekiranya anda hamil ianya boleh membahayakan kandungan anda apabila proses bersalin nanti sekiranya terdapat jangkitan dibahagian kelamin anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.