
Anonymous
5 tahun
Herpes simplex virus
Saya pernah kena herpes simplex virus. Tapi doktor tak buat ujian darah, cuma berdasarkan symptoms2. Masalahnya,saya tak bertukar pasangan. Boleh ke penyakit ni berpunca dari masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Herpes ialah penyait kelamin yang mudah berjangkit melalui hubungan seks. Ia disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV1 dan HSV2). Virus ini menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Selepas berjangkit, virus akan kekal di dalam tubuh, sekiranya virus aktif ia akan menjangkiti pasangan anda, jika tidak aktif, ia akan ‘tidur’ dalam badan anda. Untuk pengetahuan anda, HSV1 berjangkit di mulut dan sekitar bibir, manakala HSV2 berjangkit sekitar alat kelamin. Selain melalui hubungan seks, virus ini juga boleh berjangkit dari ibu ke anak dalam kandungan.
Doktor akan memberi anda ubat antivirus. Pengambilan ubat antivirus juga akan mengurangkan risiko jangkitan kepada pasangan anda, oleh itu adalah lebih baik jika anda menghabiskan ubat antivirus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.