
Sulit
4 tahun
Hi doktor, saya zura 23 tahun. Dalam seminggu ni saya kerap rasa sakit cucuk di dada sebelah kiri di bawah payu dara terutamanya ketika bernafas. Adakah simptoms ni berkaitan dengan jantung atau sebaliknya?
Hi doktor, saya zura 23 tahun. Dalam seminggu ni saya kerap rasa sakit cucuk di dada sebelah kiri di bawah payu dara terutamanya ketika bernafas. Ia menganbil masa dlm 10 minit untuk kembali okay dan akan kembali sakit semula selang beberapa jam. Ia membuatkan saya tidak selesa untuk bernafas kerana terasa cucuk di kawasan tersebut Adakah simptoms ni berkaitan dengan jantung atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Sakit dari bahagian payu dara
Selain itu, untuk makluman anda, berikut merupakan gejala serangan jantung:
Sakit dada
Peluh berlebihan
Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri
Mual/loya
Sesak nafas](https://www.doctoroncall.com.my/soalan/shortness-of-breath-punca-nafas-pendek) secara tiba-tiba
Sakit epigastrik
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!