Sulit
4 tahun
Hidung gatal dan garu sehingga merah
Salam doctor. Saya wanita berumur 20 tahun. Saya sering mengalami kegatalan pada hidung yang sangat tidak selesa dan tidak tahan sehingga saya akan menggaru hidung saya dan membasahkan hidung saya dengan air sehingga menyebabkan hidung saya menjadi merah. Tetapi saya tidak sama sekali bersin, hidung mahupun mata berair. Saya tidah tahu punca hidung saya gatal kerana ia datang secara tiba-tiba tidak kira masa. Adakah saya mempunyai resdung atau hanya mempunyai allergy terhadap sesuatu? Bagaimana ingin menyelesaikan masalah hidung gatal tersebut? Adakah saya perlu menjalani apa-apa ujian atau rawatan? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, merujuk kepada masalah hidung, terdapat pelbagai masalah kesihatan lain yang boleh mempunyai gejala yang mirip alergi, antaranya:
- Allergic rhinitis
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.