Sulit
3 tahun
Hidung sebelah tidak berfungsi,kurang sedar selepas makan,pening kepala ,nafas pendek dan kemurungan
hi,umur saya 15. sebelah hidung saya tidak berfungi selepas terjatuh di besi longkang,keadaan saat itu hujan lebat.saya juga mengalami pening dan kurang sedar selapas makan.saya selalu pening kepala dan berdenyut.sangat menyakitkan.nafas saya juga pendek,beberapa bulan ini saya kemurungan dan sedikit berubah karekta
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, keterangan yang diberikan adalah sangat terhad mengenai gejala yang anda alami. terdapat banyak soalan yang perlu saya ajukan bagi saya memahami masalah sebenar yang anda alami.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala adalah masalah yang sangaat sering berlaku dan kebiasaannya tidak merujuk kepada masalah yang serius. Akan tetapi, sekiranya masalah tersebut diiringi dengan gejala seperti berikut, amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Manakala, bagi masalah sesak nafas, ia boleh disebabkan oleh:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk anda bercakap dengan penjaga atau ibu bapa supaya masalah ini boleh dirujuk kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.