
Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat dan berangin disertakan jantung laju dan ada angin dalam badan
Saya wanita berumur 24tahun saya jarang sakit sebelum ini tetapi minggu lepas saya ada mengalami sesak nafas ketika tidur disertakan hidung tersumbat,kahak dan juga gastrik yang menyebabkan angin satu badan dan sering kali sendawa jika saya minum air kosong,hidung tersumbat ini telah menjejaskan penafasan saya ketika hendak tidur hidung saya akan terasa berangin ketika susah hendak bernafas disertakan jantung saya berdegup pantas serta badan saya sejuk secara tiba-tiba.Apakah solusi saya untuk mencegah penyakit ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Post-nasal drip
- Alahan resdung
- Radangan resdung
- Penyakit tekak seperti radangan, jangkitan dan lain
- Penyakit asid refluks (GERD)
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.