
chsam22
5 tahun
High blood pressure back to normal
Saya laki umur 38, sudah makan ubat hbp dalam setahun lebih, tiba2 kebelakang ini darah i back to normal, tiap pagi ukur 118/78 or lagi rendah, so from 10mg i down to 5mg amlodipine, adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat darah tinggi diberikan untuk menurukan tekanan darah anda yang melebihi 120/80 kebawah. Penyakit tekanan darah tinggi dikenali sebagai penyakit kronik yang bermaksuk penyakit ini tidak boleh sembuh, akan tetapi boleh dikontrol menggunakan ubat. Seandainya pengambilan dose ubat tertentu menurunkan tekanan darah anda sehingga terlalu rendah, sehingga anda pening dan lemah, ini bermakna anda harus mendapatkan konsultasi doktor lagi agar dose ubat yang diberikan dapat dikurangkan atau dapat digantikan ke ubatan lain sesuai penilaian klinikal doktor anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.