Sulit
3 tahun
Hilang deria bau adakah perlu jumpa pakar?
Saya wanita berumur 28tahun. Saya mengalami masalah hilang deria bau selama seminggu. Dan sebelum kehilangan deria bau ini saya ada deman dah selsema sahaja selamat 3 hari Dan telah sihat.akan tetapi deria bau saya masih tiada. Adakah kes sy ini perlu buat temujanji jumpa dengan pakar?? Hidung saya xde mengalami masalah apa-apa sebab boleh bernafas macam biasa saja tiada hingus. Cuma saya ada rasa macam perit untuk bernafas seperti ada sesuatu dekat hidung saya dan saya juga rasa sakit macam perlu di urut atas hidung ini. Ape perlu saya buat sekarang. Berapa lama saya perlu alaminya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hilang deria bau. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca kehilangan deria bau, antaranya:
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan. Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor umum atau doktor pakar di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Di samping itu, memandangkan kini kita dilanda oleh virus COVID-19, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala terutamanya jika mempunyai kontak rapat. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- hilang deria bau
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.