
Sulit
4 tahun
Hilang minat untuk terus hidup , terasa lelah setiap waktu , bersikap suka bersendiri , sukar untuk tidur malam , terasa ingin melukai diri sendiri . Saya alami semua ni, boleh saya tahu kenapa
hilang minat untuk terus hidup ,
terasa lelah setiap waktu ,
bersikap suka bersendiri ,
sukar untuk tidur malam ,
terasa ingin melukai diri sendiri .
Saya alami semua ni, boleh saya tahu kenapa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Pada masa ini anda mungkin tertekan dan fikiran anda sedang kusut buat masa ini. Kami sarankan anda untuk rehatkan diri anda dan tenangkan fikiran anda dahulu. Kami berharap anda tidak melakukan tindakan terburu-buru.
Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan isteri anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.