
Sulit
3 tahun
Hitam di bahagian kelangkang dan intim
Saya wanita umur 19 belum berkahwin Dan saya Akan mencukur sebulan sekali atau dua Bulan sekali untuk bulu dibahagian kemaluan.saya dapati bahagian kemaluan saya Di kelangkang ada sedikit gatisan gelap mengikut bentuk seluar wanita, Dan bahagian dalam contoh dikelentit Dan bahagian until seperti warna merah kegelapan. Saya takut bila berkahwin bakal suami tidak menyukai kerana badan saya sangat putih tapi Di bahagian kemaluan tidak putih Dan intim dalam nampak merah kegelapan seperti orang Yang sudah pernah bersama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda berkenaan kelainan ton warna pada kawasan kulit kelamin anda. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya perubahan warna yang menjadi lebih gelap pada kawasan kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk
- peningkatan kadar melanin
- iritasi kulit terhadap pakaian (chafe)
- kulit kering
- ubat-ubatan
Namun begitu, perubahan warna yang disertai gejala tambahan seperti gatal dan sakit, boleh disebakan oleh gangguan kulit yang serius serta memerlukan pemerhatian doktor selanjutnya, seperti
- acanthosis nigricans
- dermatitis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.