Sulit
2 tahun
Hiv concern and risk
saya wanita berumur 20 an saya dan pasangan ada melakukan anal seks, kami berdua tiada hiv, tapi ada tak risiko untuk dapat hiv sebab anal seks tu ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda dan pasangan anda tiada HIV, perlakuan hubungan tersebut tidak akan menyebabkan jangkitan HIV.
Jangkitan HIV boleh disebarkan dari seorang pesakit HIV positif kepada orang lain yang sihat, tidak akan terjadi dalam dua pihak yang sihat. Penyebaran jangkitan ini adalah melalui hubungan seksual, darah dan cecair tubuh seseorang pesakit HIV positif.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.