
Sulit
5 tahun
Hiv dan aids, sewaal bilaksh di dapat dikesan?
Adakah saya dan anak-anak berisiko dijangkiti hiv dan aids jika suami saya telah bertukar tukar pasangan sejak 10 tahun yg lalu? Dan jika ye, apa yanh harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan tuan,jangkitan HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Cara terbaik untuk mendeteksi jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah.
HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah. Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan penghidap virus HIV, juga melahirkan dan menyusukan anak anda, langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui status HIV anda. Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan ataupun hospital untuk meminta dilakukan pemeriksaan lanjut dan mengetahui status anda dan anak-anak anda.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih