
Sulit
5 tahun
Hiv Dan pengambilan pil lain
Saya penghidap penyakit hiv…bolehkah saya mengamalkan pil hormone therapy/pil perancang…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, penggunaan pil perancang di kalangan pesakit HIV adalah dibolehkan walaupun terdapat beberapa kekurangan terhadap keberkesanan pil perancang tersebut apabila diambil bersama dengan ubat Anti-Retro Viral yang diberikan pesakit HIV. Untuk maklumat tambahan, pil perancang tidak boleh mengelakkan daripada penyakit tersebut menjangkiti pasangan sewaktu mengadakan hubungan dan pemakaian kondom adalah disarankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.