Anonymous

5 tahun

HIV testsaya positif, saya takut hilang kerja

Saya ingin bertanya sy telah melakukan hiv rapid test dn mendapati keputusannya ialah +ve. Sy bekerja sebagai staff medical dan sy keliru dan takut untk mmbuat ujian pengesahan di klinik/hspital…sy tkot nnti sy kehilangan kerja.

Hai. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Terdapat juga beberapa faktor yang boleh menyebabkan keputusan yang positif untuk rapid test HIV ini. Antaranya adalah faktor genetik, pencemaran oleh jangkitan E.coli dan tahap imuniti yang berlainan daripada orang biasa. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang risiko untuk dijangkiti HIV, maka ada kebarangkalian keputusan tersebut adalah salah.

Jika sebaliknya, maka adalah penting untuk anda membuat ujian pengesahan.
Keadaan anda kini yang risau tentang status pekerjaan tidak sepatutnya dijadikan penghalang untuk anda mendapatkan ujian pengesahan. Sekiranya benar anda telah dijangkiti oleh HIV ini, maka rawatan dapat dimulakan dengan lebih cepat sekiranya anda membuat keputusan untuk segera berjumpa doktor.

Sekiranya anda adalah kakitangan kerajaan, maka kombinasi tiga ubat anti-viral adalah percuma. Sekiranya tidak, hanya dua yang diberi tanpa dicaj dan anda harus membayar untuk baki satu lagi anti-viral.

Ramai pesakit yang dijangkiti mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Anda mungkin tidak perlu berhenti, namun anda mungkin tidak dibenarkan untuk melakukan prosedur yang invasif kepada pesakit. Dalam sektor lain pula, ia bergantung kepada majikan namun tiada sebab untuk mereka memberhentikan anda sekiranya anda tidak membawa sebarang mudarat kepada pesakit.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera.

HIV rapid test merupakan ujian saringan untuk mengesan jangkitan HIV. Secara amnya, pesakit yang mempunyai keputusan HIV rapid test positif akan dirujuk untuk menjalankan ujian pengesahan iaitu ujian Western Blot untuk mengesahkan jangkitan HIV. Keputusan HIV rapid test yang positif tidak bermakna bahawa anda menghidap jangkitan HIV. Terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keputusan HIV rapid test yang positif termasuk:

• Cross-reacting antibodies, iaitu anda mempunyai antibodi kepada bahan lain tetapi antibodi tersebut adalah sangat mirip kepada antibodi kepada HIV
• Pernah menerima transfusi darah yang berulangan
• Vaksinasi atau imunisasi
• Pernah mengandung untuk beberapa kali
• Penggunaan dadah suntikan
• Penyalahguna alkohol dan pesakit yang menghidap sirosis hati
• Prosedur salah semasa menjalankan HIV rapid test

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)