Sulit

3 tahun

Hormon Berubah Selepas Berkahwin

Hi doktor.

Cycle period saya for every month adalah tidak menentu, tapi saya period setiap bulan dengan tahap sengugut yang biasa, tidak teruk. Walaubagaimanapun kiraan cycle period saya for every month adalah tidak menentu, saya dah kira average cycle saya untuk 6bulan sebelum, average cycle yang saya dapati adalah 29 hari.

Hari pertama saya period untuk August adalah pada 11/8/2020. Pada 15/08/2020 saya menikah, dan haid saya juga sudah kering pada hari tersebut (saya selalu period 4-5 hari sahaja). Saya menggunakan apps untuk track waktu subur saya as we are in TTC phase, but saya tak sure waktu subur yang dipaparkan di apps tu accurate or not as saya tak buat OPT test waktu tu. Saya juga telah mengambil suplimen folic acid selepas berkahwin.

For September, saya dah lewat period 9 hari (from kiraan 29 days), dan saya mula perasan perubahan dengan bentuk badan saya.

  1. Bahagian perut saya semakin membesar (seluar jeans pakai sebelum kahwin elok, baru-baru ni tak boleh butang dah haha.)
  2. Pertumbuhan bulu di bawah dagu, tak banyak tapi ada sehelai tebal.
  3. Gelap area belakang tengkuk
  4. Rasa sakit bahagian pinggang kiri kanan, dan belakang (selalu rasa macamni sebelum period) since last week.

Saya dah buat UPT selepas 7 hari lambat period dan resultnya negative. Saya harap doktor dapat guide saya untuk tindakan seterusnya.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, simptom-simptom atau perubahan yang anda alami tersebut mungkin berkait antara satu sama lain ataupun berkait dengan kehamilan atau penyakit reproduktif wanita ataupun tidak. Namun, berikut merupakan penjelasan yang boleh diberi mengenai perubahan atau masalah yang anda perihalkan :

  • Kedatangan haid yang lambat boleh disebabkan oleh kehamilan, ketidakseimbangan hormon, penyakit ovari ataupun boleh disebabkan oleh masalah tiroid. Sila pastikan anda melakukan ujian UPT pada waktu yang sesuai iaitu 2 minggu selepas melakukan hubungan seks pada waktu period yang belum datang, atau pada seminggu selepas tarikh haid yang sepatutnya yang tidak datang.
  • Perubahan berat badan boleh disebabkan oleh perkara yang tidak serius seperti hubungan intim malam pertama, pengaruh persekitaran dan juga emosi yang stabil dan tanpa stress. Namun, hormon estrogen juga memainkan peranan dalam hal ini seperti ketidakseimbangan rembesan hormon tersebut atau penggunaan pil perancang.
  • Pertumbuhan bulu di bawah dagu mungkin boleh disebabkan oleh masalah kulit. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita dan juga hormon lelaki yang boleh disebabkan oleh penyakit tertentu seperti penyakit sista ovari.
  • Rasa sakit pada bahagian pinggang dan belakang boleh disebabkan oleh senggugut yang biasa dibawah pengaruh hormon yang dirembes oleh rahim iaitu Prostaglandin. Hormon ini boleh menyebabkan penguncupan pada rahim serta boleh menyebabkan perasaan sakit secara amnya. Perasaan sakit sebelum waktu haid juga boleh disebabkan oleh penyakit reproduktif wanita seperti, penyakit sista ovari, ketumbuhan polip and fibroid, endometriosis (ketumbuhan tisu rahim pada organ luar rahim), dan juga kanser rahim dan ovari.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan, serta mendapatkan pendapat daripada mereka mengenai kehamilan dan ujian kehamilan yang anda lakukan sebelum ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

iStock-529416460-1200x800

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)